Wacana PRU-13: siapa jadi pilihan?

Leave a comment

February 25, 2013 by yinghooi

WacanaKemuncak 2013 di Malaysia tidak lain dan tidak bukan milik PRU-13. Saya berpeluang untuk hadir ke Wacana Pra PRU-13: Siapa Jadi Pilihan? yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara pada 17 Januari 2013.

Pelbagai spekulasi disebarkan di ambang PRU-13. Memang tidak dapat disangkalkan lagi yang PRU-13 ini akan jadi PRU yang paling sengit sekali di dalam sejarah Malaysia dan ia bakal menjadi medan peperangan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Di bawah adalah sedikit sebanyak kupasan dari Wacana tersebut yang sempat saya catat.

Wacana ini memaparkan beberapa penganalisis politik dari universiti tempatan. Sesi pertama membincangkan “PRU-13: Siapa Jadi Pilihan?”. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin bangkitkan isu institusi politik yang telah diperkenalkan sebelum adanya idea politik sebagai satu masalah ataupun kekurangan yang wujud dalam konteks politik Malaysia. Pengertian politik di dalam masyarakat menurutnya merupakan cabaran yang paling besar dalam politik Malaysia, misalan pemahaman terhadap ideologi demokrasi. Menurut beliau, keadaan ini terjadi disebabkan oleh fokus yang berlebihan dalam institusi politik, keputusan masyarakat selalunya dipengaruhi oleh persepsi. Persepsi telah jadi satu perkara yang amat penting dalam menentukan nasib sesebuah negara sepertimana yang berlaku di Malaysia.

Reformasi pada tahun 1998 merupakan titik perubahan terhadap perkembangan politik di Malaysia. Beliau menggambarkan pertempuran antara Najib dan Anwar sebagai “battle of the gladiators”. Personaliti menurut beliau adalah kunci paling utama dalam menentukan nasib PRU-13 nanti. Baginya, untuk regime change yang sering diperkatakan sekarang, bukan merujuk kepada pertukaran kerajaan sahaja sepertimana yang difahami oleh masyarakat. Regime change dalam erti sebenarnya  merujuk kepada perubahan dari segi social order, pertukaran strategi militari dan sebagainya.

Menurut Prof. Dato’ Seri Dr. Syed Arabi Idid, Beliau berpendapat Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing mempunyai peluang untuk menang namun faktor penentunya adalah golongan pengundi
yang masih belum membuat keputusan atau digelar pengundi atas pagar ini yang agak besar jumlahnya.

Sesi kedua, “Sabah dan Sarawak: Siapa Jadi Pilihan?” adalah satu sesi yang hangat diperdebatkan. Elemen utama yang diperkatakan adalah persamaan di antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia dalam pelbagai aspek.

Isu-isu yang bakal dibangkitkan untuk PRU-13 menurut Dr. Jeneri Amir adalah isu rasuah, keadaan ekonomi yang kurang stabil, masalah tanah, faktor kemiskinan, kekurangan kemudahan asas, pimpinan yang terlalu lama, kekurangan peluang pekerjaan dan sebagainya.

Jayum

Prof. Dr. Jayum anak Jawan

Prof. Dr. Jayum anak Jawan menyifatkan peranan penting Sabah dan Sarawak sebagai “voice of reason” dan “keeper of moderation”. Beliau berpendapat adalah amat penting untuk Sabah dan Sarawak bersatu demi kestabilan politik Malaysia yang dinamik dan berpotensi untuk sebarang perubahan. Peranan Sabah dan Sarawak penting kerana dua negeri ini bersifat plural dan amat bergantung kepada kerjasama erat antara etnik. Media merupakan satu alat yang amat penting dalam politik Malaysia kerana media itu berkemampuan untuk membentuk persepsi masyarakat.  Bagi beliau, pilihan raya adalah untuk pilih kerajaan dan bukannya untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan.

Sesi terakhir memaparkan penilaian oleh penganalisis politik dalam tajuk siapakah yang akan jadi pilihan oleh rakyat Malaysia di dalam PRU-13 ini. Prof. Dato’ Mohamad Abu Bakar turut memberikan tumpuan terhadap pengaruh kuat media alternatif dalam konteks politik Malaysia sekarang. Beliau menyifatkan PRU-13 sebagai pilihan raya rakyat kerana trend kali ini dikatakan amat berbeza sekali berbanding pilihan raya yang dulu, di mana buat pertama kalinya, rakyat memainkan peranan yang amat penting sekali dalam menentukan nasib sendiri.

Dr. Thor Ker Pong menyentuh tajuk ini menerusi lensa masyarakat cina terhadap PRU-13.  Bagi beliau, perjuangan UMNO masih lagi berlandaskan politik komunal. Dalam kajian Beliau dalam penyertaan orang Cina dalam perhimpunan adalah amat luar biasa kerana lazimnya, orang Cina bersifat pasif dan enggan menyertai perhimpunan jalanan. Perubahan drastik yang berlaku selepas politik tsunami pada tahun 2008 menurutnya adalah berpunca daripada kekecewaan orang Cina dan sentimen inginkan perubahan. Isu-isu yang mendominasi masyarakat Cina adalah seperti berikut: dominasi atau hegemoni UMNO dalam Barisan Nasional, isu politik komunal, isu agama, projek Lynas, isu rasuah dan kronisme, isu kematian Teoh Beng Hock dan isu kenaikan harga barang.

Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian menyifatkan wujudnya politik tawar-menawar selepas pilihan raya 2008. Beliau melihat pengundi penjawat awam dan pengundi wanita menjadi faktor dalam PRU-13 yang akan datang.

Rata-rata penganalisis politik merasakan pilihan raya kali ini bakal menyaksikan satu pertempuran yang hebat, dan kedua-dua parti masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya meskipun analisis dari segi kuantitatif dan kualitatif banyak memihak kepada Barisan Nasional.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: